ASSALAMUALAIKUM SEMUA, SELAMAT DATANG

13 Mei 2012

Penantian Terakhir Sang Kerdil

9:00 pagi, di rumah

dapat calling dari hosmet :
mariana! aku bukak pintu pagi tadi, tengok kucing ko depan pintu. Badan dia lembik, aku kasi la susu. Cemana ni? Aku nak buat apa ni?

Aku:
ha?? em, lama dah ke dia macam tu? ko kasi dia minum air kit. mungkin dia dahaga kot, mak dia da tak kasi susu tu, takpe2, jap g kol 10 aku nak balik dah. tolong tengok2kan dia jap,yee.

**********

1.35 petang, di rumah sewa 

Aku:
Midah, mane anak aku?

Hosmet:
Aku letak dalam kotak dia 

Aku pegi tengok anak kucing aku, si Ketot. Dalam hati Tuhan aje yang tau. Sedih tengok dia lembik, mulut dia pucat, kadang-kadang dia macam tercungap-cungap. Matanya, hidungnya, telinganya penuh dengan semut-semut kecik, perutnya pun bersemut jugak. Di bawah lehernya aku tengok ada 2 urat, jelas sangat timbul sampai warna biru. Sekali lagi dia tercungap-cungap macam tak cukup oksigen. Aku buang semut-semut tu, banyak sungguh.

"Ya Allah, sakitnya Ketot, Engkau telah ambil matanya, aku mohon Engkau permudahkanlah. Ambillah dia dengan mudah. Jangan seksa dia lagi Ya Allah."

Ketot tengah nazak, aku tau. Aku tengok dia. Lemah nafasnya, mulut Ketot semakin pucat, dah takde darah. Kaki dan tangannya pun sudah tak gerak. Hanya nafasnya yang terakhir. Air mata usah dikira. Sebak dan sedih melihat si ketot yang dulunya montel, lincah dan asyik mengusik adik-adiknya yang lain. Kini, Ketot sedang menghadapi sakaratul mautnya di tanganku. Sedangkan kucing merasa sakit bila malaikat mencabut nyawa dari jasad, inikan pula manusia. Ya Allah, sakitnya.

"Ketot, pergilah... aku redhakan ketot pergi. Aku dah datang, ketot jangan tunggu lagi. Pergi la sayang.."

Pergi la..Ketot

Pergi la sayang...Aku redha.

1:41 petang
Nafas terakhir Ketot.

Aku:
Midah, Ketot da takde.

Midah:
..... 

**********

Untuk terakhir kalinya, aku perhatikan tubuh ketot yang sudah tidak bernyawa. Dia sudah kembali kepada Penciptanya dalam usia yang masih mentah begini. Sebelum aku balik kampung hari tu, aku masih sempat tengok dia makan dengan lahapnya. Sampai bergaduh ngan adik2 len. Dia konker sepinggan. Ada ketika dulu dia masuk dalam kontener makanan. Mungkin sebab dia buta, jadi rasa takut tak dapat makanan tu buat dia macam tu. Bagi aku, itu comel. Tapi, Allah dah amik dia petang tadi. Allah hanya pinjamkan  Ketot untuk aku sekejap aje. Terima kasih Ya Allah. Aku sangat terkesan dengan kata-kata hosmet aku, yang buat aku terfikir sejenak. Betulkah? 

Hosmet:
Dia tunggu engkau mariana.

Betulkah??

Wallahua'lam.

22 April 2012

KENAPA itu kenapa??

Assalamualaikum semua...

 Sihat? Alhamdulillah ... Eh kenapa? Kurang sihat? Demam yeh. tak pe, demam pun alhamdulillah jugak. Tu tandanya Allah sayang kita. Bersyukurlah sebab Allah masih bagi peluang untuk kita praktis iman tym kita kita sakit.

Back to the topik!

Terlalu banyak kenapa dalam hidup kita, tak percaya? Cuba kira, berapa kali kita sebut perkataan kenapa dalam sehari . Ehhhhh!!! Jangan kira sekarang, nanti keh.Contohnya ,

kenapa lah jerawat muncul tym ni!

kenapa aku plak yg salah?

kenapa aku cantik sangat?(ahhh, poyonyaa)

kenapa ko tak call aku?

kenapa mata ko sepet sebelah?

kenapa begini nasib hidup aku...

kenapa, kenapa, kenapa... why?

Sebenarnya, "kenapa" ini mengajak kita berfikir. "kenapa kita dilahirkan", "Kenapa kita masih bernafas sampai sekarang", "kenapa kita tak sekaya anak dato' atau orang-orang kaya" dan sebagainya....... 

Samalah bila kita berdepan dengan situasi ditanya dengan "KENAPA", kita perlu berfikir dan menjawab sesuai dengan persoalan kenapa itu. Baru-baru ni dalam kelas, anak murid aku tanya ,

"Ustazah, kenapa kita tak dapat tengok Allah?" 

Wahhhh... tercengang aku nak cari jawapan untuk anak muridku ni. Erm.. aku cari jawapan mudah yang dia boleh terima, akhirnya aku jawab,

"Sebab, Allah nak kasi hadiah yang beeesaar untok kita. Sekarang ni, Allah nak kita semua kumpul pahala banyak-banyak, kalau pahala banyak bolehlah jumpa Allah dalam syurga nanti"

Masa ni aku kira berapa banyak mulut yang tengah melopong. Excited nak dapat 'hadiah' dari Allah. Hik Hik Hik, comel sungguh.....

 "Ooooo... kalau macam tu jum kita sambung baca Quran, Ustazah. Kami nak kumpul koin pahala banyak-banyak. Esok boleh jumpa Allah"

Anak-anak murid aku selalu lontarkan soalan-soalan yang unexpected. Sesuailah dengan proses pembesaran dorang. Dalam usia ni, otak dorang tengah berkembang. So, apa yang terfikir dalam otak dorang tu terus nak tanya. Kata orang, semakin banyak kanak-kanak ni bertanya.... Semakin banyak la perkembangan minda dia berlaku. 

Okey lah..cukuppp.Esok aku sekolah lagi.. ISNIN okeeyyy~~  

PERSOALANNYA....

KENAPA AKU TAK TIDO LAGI?

JAWAPANNYA....
NAK TIDO LA NI...

SELAMAT MALAM SEMUA
SEBELUM TIDO, BACA DOA, MAAFKAN SEMUA ORANG NIAT MUDAH-MUDAHAN ESOK JAULAH KEHIDUPAN KITA SEMAKIN BAIK DAN LEBIH BAIK.

ASSALAMUALAIKUM.     
 
 


 





24 Mac 2012

Nafas baru Seorang Widad Unnie...

Assalamualaikum semua...
 
Lama dah tak tulis, hampir-hampir lupa pasword. Tapi bila try n error tadi, tak sangka jadi gak. Masok tahun 2012, semua orang tertunggu-tunggu, apa yang baru, apa yang sensasi, apa yang..yang.. yang semualahh! Alhamdulillah, aku dah berjaya ditawarkan KPLI j-QAF. Sekarang sedang dalam latihan mengajar g. 
      Hurmm.. kenapa nafas baru seorang widad unnie? Yes, now Widad Unnie is different than before. Tak semua masalah dapat diluahkan dalam media seperti ini. Bila ada masalah, ada orang jenis yang luah kat facebook, kat blog, twitter dan sebagainya. Kita lupa yang berikan kita setiap dugaan adalah Allah. Jadi, sepatutnya, siapa yang patut kita rujuk untuk dapatkan kekuatan ni semua?? Ye betul.. Allah S.W.T.

   Ape perlu aku lakukan sekarang?

.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
ok fine, aku blurrr~~


Macam Baru Lepas Putus Cinta plak kan.
Next tym aku sambung g k.
Masalah emosi kit malam ni, hehe

ShoutMix chat widget