ASSALAMUALAIKUM SEMUA, SELAMAT DATANG

22 April 2012

KENAPA itu kenapa??

Assalamualaikum semua...

 Sihat? Alhamdulillah ... Eh kenapa? Kurang sihat? Demam yeh. tak pe, demam pun alhamdulillah jugak. Tu tandanya Allah sayang kita. Bersyukurlah sebab Allah masih bagi peluang untuk kita praktis iman tym kita kita sakit.

Back to the topik!

Terlalu banyak kenapa dalam hidup kita, tak percaya? Cuba kira, berapa kali kita sebut perkataan kenapa dalam sehari . Ehhhhh!!! Jangan kira sekarang, nanti keh.Contohnya ,

kenapa lah jerawat muncul tym ni!

kenapa aku plak yg salah?

kenapa aku cantik sangat?(ahhh, poyonyaa)

kenapa ko tak call aku?

kenapa mata ko sepet sebelah?

kenapa begini nasib hidup aku...

kenapa, kenapa, kenapa... why?

Sebenarnya, "kenapa" ini mengajak kita berfikir. "kenapa kita dilahirkan", "Kenapa kita masih bernafas sampai sekarang", "kenapa kita tak sekaya anak dato' atau orang-orang kaya" dan sebagainya....... 

Samalah bila kita berdepan dengan situasi ditanya dengan "KENAPA", kita perlu berfikir dan menjawab sesuai dengan persoalan kenapa itu. Baru-baru ni dalam kelas, anak murid aku tanya ,

"Ustazah, kenapa kita tak dapat tengok Allah?" 

Wahhhh... tercengang aku nak cari jawapan untuk anak muridku ni. Erm.. aku cari jawapan mudah yang dia boleh terima, akhirnya aku jawab,

"Sebab, Allah nak kasi hadiah yang beeesaar untok kita. Sekarang ni, Allah nak kita semua kumpul pahala banyak-banyak, kalau pahala banyak bolehlah jumpa Allah dalam syurga nanti"

Masa ni aku kira berapa banyak mulut yang tengah melopong. Excited nak dapat 'hadiah' dari Allah. Hik Hik Hik, comel sungguh.....

 "Ooooo... kalau macam tu jum kita sambung baca Quran, Ustazah. Kami nak kumpul koin pahala banyak-banyak. Esok boleh jumpa Allah"

Anak-anak murid aku selalu lontarkan soalan-soalan yang unexpected. Sesuailah dengan proses pembesaran dorang. Dalam usia ni, otak dorang tengah berkembang. So, apa yang terfikir dalam otak dorang tu terus nak tanya. Kata orang, semakin banyak kanak-kanak ni bertanya.... Semakin banyak la perkembangan minda dia berlaku. 

Okey lah..cukuppp.Esok aku sekolah lagi.. ISNIN okeeyyy~~  

PERSOALANNYA....

KENAPA AKU TAK TIDO LAGI?

JAWAPANNYA....
NAK TIDO LA NI...

SELAMAT MALAM SEMUA
SEBELUM TIDO, BACA DOA, MAAFKAN SEMUA ORANG NIAT MUDAH-MUDAHAN ESOK JAULAH KEHIDUPAN KITA SEMAKIN BAIK DAN LEBIH BAIK.

ASSALAMUALAIKUM.