ASSALAMUALAIKUM SEMUA, SELAMAT DATANG

11 Mei 2011

Selasih Putih say...

JANGAN UCAP SELAMAT TINGGALUCAPLAH JUMPA LAGI. JIKA TIDAK DI DUNIA..JUMPA NANTI DI AKHIRAT

10 Mei 2011

May B last Entry

Assalamualaikum semua...


Aku baru balek dari Lubuk Manggis, jadi fc under Total Success Consultant.Programnye menarik n aku teruja nak main ZUUSSTANG! hehe, satu modul baru yang menguji kepekaan seseorang. Papepun, salute to En. Fazrul Ismail, selaku trainer utama merangkap pemiliki ToTal Success(if aku xsilap la). Dia engineer sbenarnya.
Apa yang menarik perhatian aku is, dia sambung study dari engineering kepada Bahasa Arab!! menarikkan? bidang yang berlainan, tapi dia boleh lakukannya. 

Antara benda baru tok aku, adalah P.I.E.S dan juga C.A.S.I.C....ha, ini adalah rahsia dan senjata yang boleh dijadikan sebagai bekalan untuk mencapai impian kita, so, formulanya adalah P.I.E.S+C.A.S.I.C=LEGACY.

So, apa benda tu? let me explain, yang aku tau aje ye? kan share2 ilmu..P adalah Physical, I adalah Intelectual, E adalah Emotional dan S adalah Spiritual. Aku rasa anda semua da boleh bayangkan kenapa PIES ni aku sebut sebagai rahsia kejayaan, kan? How about CASIC? C adalah Connect. A adalah Acknowledge, S adalah Serve, I adalah Inquiry dan C adalah Choice. Oh yeah! now, walaupn aku datang sekadar berkhidmat as a fc tym kem tu, tapi sambil2 tu aku pun sedang memotivasikan diri aku jugak. Aku sedang meng'clearkan' matlamat aku. Memandangkan minat aku sepertinya more to Motivasi,  I Hope One Day I Have My Own CONSULTANT at SARAWAK.

Finish bout that. Skarang masok pasal ke-ada-an aku kat UKM. Malam ni malam last aku kat UKM. Esok aku da g Klang, stay ngan kazen aku jap then balek semula KL dalam hari jumaat nanti. Aku akan balik my motherland hari ahad ni, tepat jam 7 pagi, harap2 tak adelah sebarang ke-delay-an, Insyaallah. Aku sangat berharap kat kampung aku dapat online, at least aku dapat update sebarang maklumat. Tak kesah la maklumat papepn. But, papepn tu semua bukan alasan la..Eh, alasan? kenapa tiba2 alasan plak?! ntah, aku pun tak tau. Ape pun tak boleh!

Guys, aku akan tinggalkan korang tak lama lagi. If korang masih ingat aku, ingat2lah daku dalam mimpimu. Aiseh, gurau aje. hehe. 3 tahun menimba ilmu di tempat orang, banyak benda baru yang aku dapat. Yelah, lain padang, lainlah rumputnya, lainlah jugak cengkeriknya dan lain jugaklah tanahnya. Hah sudah, rosak peribahasa dah. Sori Kamus Dewan & Bahasa. Aku tak dapat tinggalkan pape tok korang melainkan tapak kaki dan imbauan kenangan kita bersama. N, aku semestinya bawa balek berguni2 ilmu dan kenangan bersama anda semua. Kalaulah segala kenangan tu aku kena timbang tok masok Air Asia, gerenti aku kena bayar penalti berjuta2 sebab terlalu overweight!!.

Setiap benda yang aku alami ada nilai yang orang kata sentimental value. As an example, aku g nek gunung ngan adek bradek UPSM, lain kisahnya, aku g pulau ngan JAKSA KBH, lain pula kenangannya. Aku pegi BTN, puuunn lain rasanya. Apatah lagi my last kem, bersama pelajar2 UPSI. Ini adalah my last kem setelah da lama aku retire dari aktiviti lasak n fasilitator.

Kepulangan aku sebenarnya sedang dinanti2 family aku. Dah 3 tahun aku berjauhan dari meke sume. Petang tadi mak aku call. Dia dah teruja, "balek la cepat, mak nak masak masakan kesukaanmu".... Ya, aku tak perlu bersedih2 tinggalkan u all guys, sebab mata ayerku sedang menanti dengan hati yang gembira di sana...My Mummy~

Tapi, aku masih risaukan mata ayerku yang satu lagi. Semoga berjaya tingkatkan pointer untuk 2 sem lagi. Bertahan ye. Fokus to ur study, be a good engineer. Jumpa lagi 3 bulan selepas ini. Insyaallah kalau umur kita panjang. Saya akan ingat kata2 itu... 

Can I stop now? da penat betiarap...hoho.. Nite semua,




5 Mei 2011

It's A New Record!

Animated Pictures Myspace Comments
Semalam aku jalan2 pusing UKM..pusing2 pun area stadium je..sambil2 tu aku pasang application kat hp.. walk mate namanya. selama ni aku jalan tak pasang pun..eleh tipu. tapi ari ni aku rasa nak pasang sebb nak celen diri aku sendiri. tau tak brapa aku dapat? 12300 steps! ha..tolong kirakan,.brapa tu? ada sampai 2 km x? berlagak giler..hahaha.. anyway, benda tu simple je.. tapi sometimes when we do it, it's become intresting!

semuanya about our health..orang kata, masa muda2 ni la kita kena rajin bersenam. Jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga stamina badan. Jangan asik lembik aje. kang berlemak badan.. sori2..aku tak berniat nak sakitkan ati sape2. macam mana nak jogging? banyak sangat orang. malu la..aduh, aku ni dah lama tak jogging, skill aku semua da hanyut kat alur ilmu da..eiii..segan! malu! tak mau!!!!!...ok, fine...then, nanti jumpa dr., balek2 dr. mesti ckp camni, "cik adik manis, kena jaga kesihatan tau..senam tu penting. beside that, u need to make sure wat u eat is good for u. don't eat too much snack bla..bla..bla.."

kalo korang rasa cam segan, ape kata menari dalam bilik. 

Animated Pictures Myspace Comments

kenapa segan lagi?? alahai, buat la tym rumet korang takde! aku buat gtu kot..hahaha, pasang lagu kuat2..biar monyet yang lalu depan tingkap tu terkejut monyet. sambil menari zapin, tarian melayu, aerobik ke ape, korang dapat bersenam. orang kata sambil menyelam minum air. hehehe...

Animated Pictures Myspace Comments

sebenarnya, apa yang aku nak gtau..rajin2 lah bersenam. Paling baik is jogging la. tak perlu bayar apa2..free je.. korang dapat manfaat lagi ada. Ingat, Badan Kita Nak Guna Bertahun-tahun Lagi, Bukannya Sehari Sahaja. So, Think about it!

Animated Pictures Myspace Comments
tata..jumpa lagi

I Got It!

Alhamdulillah..Akhirnya aku berjaya menamatkan kajian ilmiah aku, atau nama samarannya 'tesis'. Tajuk tesis aku 'Harta Menunggu Dituntut Serta Pengurusannya Di Amanah Raya Berhad'. Baru pagi tadi aku ambek kat kedai untie tu, total semua RM 129.60!. Actually, aku terlebih bayar kat pages aku yang berkaler. dalam 24 pages semua, so memang separuh harga jugak la. But, xkesahlah price dia. Yang penting sekarang aku da selesaikan tugasan untuk membolehkan aku konvo!!! Alhamdulillah sangat pada Allah S.W.T, siapalah aku untuk mempertikai segala nikmat yang Dia kurniakan padaku sepanjang aku buat kajian ni. Pada ibu bapa aku, adik aku, bakal suami aku, kawan-kawan aku..mereka semua pendorong untuk aku teruskan kajian ni. Terima kasih semua, semoga Allah membalas segala jasa kalian.
.
This is mine...




Thanks God...
For those who help me so much, Profesor Dato' Dr. Hailani Muji Tahir, Thank Q very much for your advice.
  

THANKS ALL!!

2 Mei 2011

Anda Semakin Matang Bila...

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat menWujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

sumber:http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.iluvislam.com%2Finspirasi%2Fmotivasi%2F1045-anda-semakin-matang-bila.html&h=f00a2