ASSALAMUALAIKUM SEMUA, SELAMAT DATANG

3 Ogos 2011

Pulang kampung, Tanam Jantung!



Assalamualaikum, semua. 
Esok aku balek sarawak dah. Yang lawaknya aku tak tau bila flight aku. Confirm2 esok aku kena marah ngan amoi cantik kat kaunter tu. Ah, lantak lah! Ada aku kesah? 


10 hari kat sini, macam2 benda jadi. Ape2pun, life must go on! Aku pernah dengar KLCC dengan sawah padi tak boleh bersatu. Tapi ending cite tu boleh jek... haalahhh... tu kan dalam cita. producer nyer crite, skati dia la nak wat ending cemana. Kalo aku lak cena?! Aku leh ke wat ending aku sendiri? Haha, poyo! Karang kena cop minah jiwang.


Ape pun tak bleh! (eh, tetibe plak!


Tadi aku g cabut gigi.
 
Dr. baik hati tu guna spana ni ha... 3x kena bius maunya macam simen dah pipi aku ni ku rasa. Air liur meleleh pun tak sedar(bukan aku la). Dia kata gigi geraham aku dah pecah. Pas ni kena makan benda yang lembut2 aje. 


And....akhirnya!!

Gigi aku berjaya dicabut oleh Dr baik hati tu. Tak sempat aku nak tengok gigi yang berbakti pada aku slama ni, nak ucap tQ darling pun xsempat Dr. tu dah buang dah..Huhu, good bye gigi geraham ku. See u again...

.....Tamat....

Semua Dah Berakhir?
Begini saja?
Kenapa?

Kekasihku Datang Lagi, Alhamdulillah

Assalamualaikum, semua. 




Subhanallah, 
Walhamdulillah,
Walailahaillallah.
Wallahuakbar....


Alhamdulillah, semoga kita semua dapat mendapat pahala dengan berzikir. tak kesah tengah on9 pun leh berzikir jugak,kan2? skarang da masuk ramadhan yang ke-2. Kata orang, masa awal2 pose, semua jadi ngantok, lesu n xbermaya. Semua tu sebab badan kita xbiasa g, t dah 4 hari 5 hari dah ok la tu..kan? Upin Ipin pun leh pose penuh, xkan abg2 n kakak2 ni xleh kot.. Malu kat adik2 tu (betul, betul, betul).


Perkara paling mencuit hati bagi aku bila ramdhan bertandang ragam nak bangun sahur. Macam2.. if kat umah, mak aku dah siap2 masak da b4 tdo, saho tu jez panas je. Aku n adik aku dok bawak selimut bantal skali nak bersaho( ni tipu je k). hehe, yang pasti, aku tabik spring kat adik aku sbb still leh pose even pegi skolah bawak beg berkilo2...Dulu, masa aku tahun brapa tah, dah kol 5 petang (buka kat sarawak kol 6 petang ), dok baring2 ngan mak kat bawah umah. Perut aku dah bergendang macam sambutan 31 Ogos da, aku siap ikat perut lagi. Tak tahan punya pasal, aku ngadu kat mak, 


Aku : mak, aku ndak tahan suda la, aku buka ya, ya? ya mak??


Mak aku: aiya, tak lama lagi na, tahan2 sajak la bah. Bukan lama lagi tu


Aku : adoi, ndak tahan suda (da nak nangis da)


Mak aku : hahh pegi la, bukak la sana.. Nanti dekat syurga tak dapat hadiah dari Allah, baru ko tauk


Aku : Gulpp!! Erkkk..


Itu kesah dulu2. ha, kesah pagi tadi lak..Actually aku stay bilek kawan aku kat UKM smentara aku dtg cni, opah nama dia.Dalam bilek tu ada g kawan2 len, si Mas n Along, so pagi tadi kitorang pegi la bersahur kat, eh lupa plak ngan Incik Acap skali. Sambung2, ktrg saho kat Azura lama. B4 nak g tu, semua pasang alarm masing2..Set.kol 4 semua alarm bunyi, haiyaaaa!!! Bising macam nak rak. Tapi hampeh sekor pun takdak yg bangun. hahaha, semua letih agaknya. Seb bek semua bangun gak.


Ape2 pun, semoga kita semua memanfaatkan kehadiran bulan yang penuh barakah ini. Carilah keredhaan Allah disebalik malam2 di Ramadhan, semoga diterima amal ibadah kita semua insyaallah.

Marhaban Ya RamadhanAllaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”
Taqqabalahu Minna Waminkum, Taqaballahu Ya Karim,
Ameen




28 Julai 2011

Nilai Kasih Sayang

                      Assalamualaikum,semua!

 Pa kabar? haa? Demam!! Cena leh demam, meh makan shieldtox ni, konfem sihat..ERRKK!! hehe, alah, jangan marah ma..gurau aje... 

Insyaallah, semua kesakitan tu datang dari Allah. Takde alasan lain melainkan Allah nak duga kita ni sayang tak pada Allah, kita ingat pada Dia. haaa...jangan sakit aje baru nak ingat Allah tawwWW.... Dengan kata lain, bersabar la ye dengan setiap kesusahan yang datang, sebab pasti ada nikmat yang tersembunyi di sebalik tu semua..OK, STOP!.

skarang ni saya nak cita kat awak, awak, awak, awak sume pasal my kucing. (Alah, kucing je pun) Ada aku kesah? eh, ape plak tak kesah, mesti la kena kesah.... cumil wat dat kuceng-kuceng. pelik bila ada yg sampai HATINYA g bakaQ kucing tu lam sangkaQ, kuang ajaQ! ehhh, melebih sudah..

Gini citanya, tym aku ada kat ukm, kucing yang aku bela tu hilang, so, my mother amek kucing len, but still dari rumpun yg same, mean dorang tu adek bradek. nak tengok?? ni ha...


  mempersembahkan MY BLACKer

yang ni mimi, dia ni adik bongsu. Paling manja & paling nakal, tengok gaya pun da tau,hehehe



  ni gambar ala2 candid, tym ni baru 2 malam dorang berjumpa after si apin d'pulau' setahun yang lepas sebab berak sesuka hati mak dia je dalam umah.. terharu tengok tdo same2.Korang dapat cam tak?


Yang lawaknya, tetiap pagi mak aku mesti bebel, " hey bujang 2 ekor ni tdo kat tempat warna hitam, korang tu dah la hitam 2 2..". 

Dorang 2 ni da macam anak2 aku dah, after subuh aje bende pertama aku wat bagi makan kat dorang. If dorang gado, aku gak la yang pegi angkat sekor, tahan sekor lagi." Ape gado2 ni?", "syuh3! korang ni xda kerja lain ka, gadoh saja. ko ni mimi! kasar betol"...bla..bla..bla...

Tapi, bab2 manje ni si mimi ni la yg no.1. If nak tdo, dia msti g riba. Nak di usap2 kepalanye, then nanti dia akan jilat2 jari aku. Asalnya aku geli bila fikir kucing aku ni makan cicak, tikus bagai (uweekkkk).. TAPI!, aku tak kesah, siyes wei. Aku xtpu, jadi syahdu lak bila dia jilat jari cam tanda dia nak say thank Q gteWW..

begitu la dunia ni kan, if kita baik ngan seseorang tak kesah manusia or haiwan, insyaallah dengan izin Allah dia akan baik gak ngan kita... Ma'assalamah wa ilalliqo' 

11 Mei 2011

Selasih Putih say...

JANGAN UCAP SELAMAT TINGGALUCAPLAH JUMPA LAGI. JIKA TIDAK DI DUNIA..JUMPA NANTI DI AKHIRAT

10 Mei 2011

May B last Entry

Assalamualaikum semua...


Aku baru balek dari Lubuk Manggis, jadi fc under Total Success Consultant.Programnye menarik n aku teruja nak main ZUUSSTANG! hehe, satu modul baru yang menguji kepekaan seseorang. Papepun, salute to En. Fazrul Ismail, selaku trainer utama merangkap pemiliki ToTal Success(if aku xsilap la). Dia engineer sbenarnya.
Apa yang menarik perhatian aku is, dia sambung study dari engineering kepada Bahasa Arab!! menarikkan? bidang yang berlainan, tapi dia boleh lakukannya. 

Antara benda baru tok aku, adalah P.I.E.S dan juga C.A.S.I.C....ha, ini adalah rahsia dan senjata yang boleh dijadikan sebagai bekalan untuk mencapai impian kita, so, formulanya adalah P.I.E.S+C.A.S.I.C=LEGACY.

So, apa benda tu? let me explain, yang aku tau aje ye? kan share2 ilmu..P adalah Physical, I adalah Intelectual, E adalah Emotional dan S adalah Spiritual. Aku rasa anda semua da boleh bayangkan kenapa PIES ni aku sebut sebagai rahsia kejayaan, kan? How about CASIC? C adalah Connect. A adalah Acknowledge, S adalah Serve, I adalah Inquiry dan C adalah Choice. Oh yeah! now, walaupn aku datang sekadar berkhidmat as a fc tym kem tu, tapi sambil2 tu aku pun sedang memotivasikan diri aku jugak. Aku sedang meng'clearkan' matlamat aku. Memandangkan minat aku sepertinya more to Motivasi,  I Hope One Day I Have My Own CONSULTANT at SARAWAK.

Finish bout that. Skarang masok pasal ke-ada-an aku kat UKM. Malam ni malam last aku kat UKM. Esok aku da g Klang, stay ngan kazen aku jap then balek semula KL dalam hari jumaat nanti. Aku akan balik my motherland hari ahad ni, tepat jam 7 pagi, harap2 tak adelah sebarang ke-delay-an, Insyaallah. Aku sangat berharap kat kampung aku dapat online, at least aku dapat update sebarang maklumat. Tak kesah la maklumat papepn. But, papepn tu semua bukan alasan la..Eh, alasan? kenapa tiba2 alasan plak?! ntah, aku pun tak tau. Ape pun tak boleh!

Guys, aku akan tinggalkan korang tak lama lagi. If korang masih ingat aku, ingat2lah daku dalam mimpimu. Aiseh, gurau aje. hehe. 3 tahun menimba ilmu di tempat orang, banyak benda baru yang aku dapat. Yelah, lain padang, lainlah rumputnya, lainlah jugak cengkeriknya dan lain jugaklah tanahnya. Hah sudah, rosak peribahasa dah. Sori Kamus Dewan & Bahasa. Aku tak dapat tinggalkan pape tok korang melainkan tapak kaki dan imbauan kenangan kita bersama. N, aku semestinya bawa balek berguni2 ilmu dan kenangan bersama anda semua. Kalaulah segala kenangan tu aku kena timbang tok masok Air Asia, gerenti aku kena bayar penalti berjuta2 sebab terlalu overweight!!.

Setiap benda yang aku alami ada nilai yang orang kata sentimental value. As an example, aku g nek gunung ngan adek bradek UPSM, lain kisahnya, aku g pulau ngan JAKSA KBH, lain pula kenangannya. Aku pegi BTN, puuunn lain rasanya. Apatah lagi my last kem, bersama pelajar2 UPSI. Ini adalah my last kem setelah da lama aku retire dari aktiviti lasak n fasilitator.

Kepulangan aku sebenarnya sedang dinanti2 family aku. Dah 3 tahun aku berjauhan dari meke sume. Petang tadi mak aku call. Dia dah teruja, "balek la cepat, mak nak masak masakan kesukaanmu".... Ya, aku tak perlu bersedih2 tinggalkan u all guys, sebab mata ayerku sedang menanti dengan hati yang gembira di sana...My Mummy~

Tapi, aku masih risaukan mata ayerku yang satu lagi. Semoga berjaya tingkatkan pointer untuk 2 sem lagi. Bertahan ye. Fokus to ur study, be a good engineer. Jumpa lagi 3 bulan selepas ini. Insyaallah kalau umur kita panjang. Saya akan ingat kata2 itu... 

Can I stop now? da penat betiarap...hoho.. Nite semua,




5 Mei 2011

It's A New Record!

Animated Pictures Myspace Comments
Semalam aku jalan2 pusing UKM..pusing2 pun area stadium je..sambil2 tu aku pasang application kat hp.. walk mate namanya. selama ni aku jalan tak pasang pun..eleh tipu. tapi ari ni aku rasa nak pasang sebb nak celen diri aku sendiri. tau tak brapa aku dapat? 12300 steps! ha..tolong kirakan,.brapa tu? ada sampai 2 km x? berlagak giler..hahaha.. anyway, benda tu simple je.. tapi sometimes when we do it, it's become intresting!

semuanya about our health..orang kata, masa muda2 ni la kita kena rajin bersenam. Jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga stamina badan. Jangan asik lembik aje. kang berlemak badan.. sori2..aku tak berniat nak sakitkan ati sape2. macam mana nak jogging? banyak sangat orang. malu la..aduh, aku ni dah lama tak jogging, skill aku semua da hanyut kat alur ilmu da..eiii..segan! malu! tak mau!!!!!...ok, fine...then, nanti jumpa dr., balek2 dr. mesti ckp camni, "cik adik manis, kena jaga kesihatan tau..senam tu penting. beside that, u need to make sure wat u eat is good for u. don't eat too much snack bla..bla..bla.."

kalo korang rasa cam segan, ape kata menari dalam bilik. 

Animated Pictures Myspace Comments

kenapa segan lagi?? alahai, buat la tym rumet korang takde! aku buat gtu kot..hahaha, pasang lagu kuat2..biar monyet yang lalu depan tingkap tu terkejut monyet. sambil menari zapin, tarian melayu, aerobik ke ape, korang dapat bersenam. orang kata sambil menyelam minum air. hehehe...

Animated Pictures Myspace Comments

sebenarnya, apa yang aku nak gtau..rajin2 lah bersenam. Paling baik is jogging la. tak perlu bayar apa2..free je.. korang dapat manfaat lagi ada. Ingat, Badan Kita Nak Guna Bertahun-tahun Lagi, Bukannya Sehari Sahaja. So, Think about it!

Animated Pictures Myspace Comments
tata..jumpa lagi

I Got It!

Alhamdulillah..Akhirnya aku berjaya menamatkan kajian ilmiah aku, atau nama samarannya 'tesis'. Tajuk tesis aku 'Harta Menunggu Dituntut Serta Pengurusannya Di Amanah Raya Berhad'. Baru pagi tadi aku ambek kat kedai untie tu, total semua RM 129.60!. Actually, aku terlebih bayar kat pages aku yang berkaler. dalam 24 pages semua, so memang separuh harga jugak la. But, xkesahlah price dia. Yang penting sekarang aku da selesaikan tugasan untuk membolehkan aku konvo!!! Alhamdulillah sangat pada Allah S.W.T, siapalah aku untuk mempertikai segala nikmat yang Dia kurniakan padaku sepanjang aku buat kajian ni. Pada ibu bapa aku, adik aku, bakal suami aku, kawan-kawan aku..mereka semua pendorong untuk aku teruskan kajian ni. Terima kasih semua, semoga Allah membalas segala jasa kalian.
.
This is mine...




Thanks God...
For those who help me so much, Profesor Dato' Dr. Hailani Muji Tahir, Thank Q very much for your advice.
  

THANKS ALL!!

2 Mei 2011

Anda Semakin Matang Bila...

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat menWujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

sumber:http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.iluvislam.com%2Finspirasi%2Fmotivasi%2F1045-anda-semakin-matang-bila.html&h=f00a2

30 April 2011

Percayalah..Menteri Kewangan Ada Di Setiap RUMAH.

Assalamualaikum everyone!


Sihat semua? Alhamdulillah... Pengurusan wang setiap orang berbeza-beza ikut cara masing2. Kalau berpoket tebal  ada caranya cena nak uruskan. Kalau kurang tebal lak kena fikir cara cena nak jimat dan dapat duit banyak, kan?


Sebenarnya, dalam tak sedar seorang muslimah atau isteri dalam sesebuah keluarga merupakan MENTERI KEWANGAN bagi keluarga tersebut. Tak percaye? Cuba tengok pengurusan setiap rumah, dari sekecil-kecil perkara sampai sebesar gajahnya, semua dilakukan oleh sang isteri. Belanja dapur, belanja sekolah anak, pakaian suami anak, belanja bil air, api, sewa simpanan dan banyak lagi. Setiap bulan, suami dapat gaji, serah pada isteri dan isteri akan membuat pengurusan yang sewajarnya. Dalam hidup berkeluarga, perancangan adalah yang paling utama.


Walaupun hidup sederhana, namun jika bijak pengurusannya Insyaallah tiadalah masalah hutang keliling pinggang.
so, cena nak wat pengurusan kewangan ni? 


1. Wat pelan kewangan keluarga 4 jangka pendek, 
jangka sederhana dan jangka panjang


2. Fikir n rancang pendidikan anak2


3. Bezakan antara kemahuan & keperluan


4. Cuba elakkan hutang


5. Simpan terlebih dahulu then baru belanja


6. Akhir sekali, ukur baju dibadan sendiri. Knp? sebb kalau pendapatan sikit belanja lebih tak ke naya tu?




 






                                                                       Bakal Menteri Kewangan jugak



Hening Subuh...

"BANGUNLAH ANAK ADAM, BANG SUBUH TELAH KEDENGARAN. PENUHKAN SAF, BANGUNLAH!SESEUNGGUHNYA SOLAH ITU LEBIH BAIK DARI TIDUR"

29 April 2011

Bugis itu Palopo?

Assalamualaikum everyone!


Pekabar sume? Ari ni ok lagi ek..baguslah.. bila dah hati senang oklah tu. korang try tengok entri aku tok akhir2 ni, mesti pelik kan.. awat la minah ni wat sampai sehari 10 entri..wawawa..korang faham x betapa boringnya dok dlm istana batu ni. Ibarat menunggu flight air asia yang delay tau x?.. Lepas sorang, sorang g balek. Then sorang lagi..Pas tu turn aku la plak..so, welcome home anakku!

Aku balek kampung tercinta 15 mei ni..esoknye 16 mei Hari Guru. Ingat nak sambut jgk..apakan daya tiada title itu. hahaha. So, ari ni aku nak cita ckit pasal adat Bugis. I am Bugiser...erkkk! tercekik mak dengar, knp pelik sgt~

Korang pun da maklum kan? Aku bangsa bugis, tapi aku suku Palopo. Actually bugis ngan Palopo ni xsama. Start dari adatnye, bahasa n loghatnya, pantang larangnya n so n so lagi la..Tapi, dsebabkn yang ada kat Malaysia ni paling besar adalah suku Bugis, so Palopo pun dikategorikn lah sebagai Bugiser..Alah, mksdnya bernaung la kat bawah jembatannya tu..ha.da start nak melalut.

Aku suka nak share pakaian pengantin adat kitorang. Baju aku baju adat kitorang la yang unik, sbb tak sama ngan yang lain. Padahal sume pun unik kan..hehe k, yang ni baju pengantin perempuan...

Ni baju adat namanya

Cun x? Yang putih2 kt rambut tu cotton buds sbenarnye, tpi if yang bertudung dia xpakai la. Nak cocok tang mana kan? hehe, pastu yg itam kat dahi pmpn tu aku tak ingat namenye ape. Tapi memang susah nak tanggal la.(kot).

yang ni plak baju pengapit, ada pengapit kanak2..cute kan dorang..Nama baju ni BAJU BODO. Jgn terkejut, memang nama dia baju bodo. Aku ingat lagi, dlu aku penah jadi pengapit. Tapi aku xmo pakai baju tu sbb nama baju da Bodo, mau nya aku tak x pakai. hehe,

 Ololo..tomey2

 Pengapit Cik Akak

Baju Bodo versi bertudung

Adik aku penah jadi pengapit, cute uolls..nak tgok??

adikku yang pakai baju putih tu, ha..tembam2 nyo la dia...

if nak tau dengan lebih lanjut sal adat bugis baca neh :http://www.weddingku.com/traditional/tradition.asp

Seterusnya nak tunjuk gak baju adat jawa..


Bunga apa tah nama tu..

garang siot!
Rambut aje da berat kot.



Dan begitu la seterusnya.(da mula dtg malas tu). ok, sekarang aku nak g cite pasal makanan plak...If bugis dorang sebut KAPURUNG, if palopo, kitorang sebut BUGALU. HA?Amende yang aku sebut ni?? hey, ni makanan la...Tau tepung kanji x? Ha tu la dia...Ala2 sup la kalo kat sini, yummy..meh aku tunjuk neh...

ni b4 dia di'gulung'. Gulung guna chopstik tu. Nampk? ni tepung kanji tmbah air panas, pastu kena
make sure dia xkeras sgt. Paling best bila dia da jd cam gam. jernih je.
Ni Laok dia ada sayo..cam jantung pisang, pucok ubi, kacang jagong, ayam etc.


DA SIAP!!! 
 Ha..sapa tahan pedas leh la campurkn selesung dalam ni, tapi aku tak..Sebab aku xreti makan pedas, even lam family pun aku sorang je xmkn pedas. Adik aku mkn pedas..huhuhu, malu siot. 

Cerita sal makanan ni yang aku lemah ni. Lapa da....seb bek ada orang sedekahkn megi ngan makanan ringan kat aku..haha, leh la lepak skit. Dah..Dah..Sekian aje tok minit dan saat ni..if aku bosan akan ada la yang menyusul. Tata..

p/s: semoga selamat sampai..Hati2.




"Bang order lagi!!"

Assalamualaikum semua!


Nak cite satu benda. Tadi makan CKT..ce teke ce teke amende ni?? yupSS! betol tu.. Char Kuew Tiow. kitorang g 4 orang. Yang makan 3 orang je, tapi pinggan ade 6. Ini bermakna, 3 orang tersebut telah oreder 2 kali. Wah2..bukan main lagi kan..sampai aku satu2nya calon wanita CKT yang bertanding ni.berjaya mendapat Top 3. Opkos la, da 3 orang je yg makan, award pun ngam2 saja. 

ok dah la..aku da ngantok. Emosi aku xstabil lagi, hahaha..alasan orang besar!


Da Boleh Jilid Tesis!

Syukur alhamdulillah hari ni penyelia aku da benarkan untuk jilid tesis..

SYUKUR..SYUKUR...SYUKUR...


I'M DONE MY JOB!

28 April 2011

Formula Bahagia


Assalamualaikum semua...

Ari ni ari Jumaat, kolej aku da makin sunyi da. Rumet aku pun da kosong da katelnya. Aku?? ketas exam terabur kt lantai, baju begantung rah penjan, beg2 aku ya nang kedak apa jak..terabo alu jak..

senyap! azan da.. 3 minit kemudian,

ok sambung... cita apa td? kolej ha, ok3..apa kaitan kolej ngan bunga tu? xde kaitan pun.. saja je nk letak bunga tu. aku nak kasi kat pengetua kolej aku..hak!hak!hak! yela, 3 tahun aku kt UKM, alhmdulillah dia xbuang aku dr kolejnya. nah amek la bunga ros ni ye Dr.

K, fuuhhh~ yang td tu bukan cerita sebenar.. Aku nak pesan sesuatu kepada seseorang yang banyak bantu aku masa kat UKM ni.

Sejak kenal dia, dia jadi penjaga a.k.a pak guard aku..hahaha, eh dok dok..gurau meta. Dia yg slalu ingatkn aku buat assigment, jgn tangguh2. Wat terus.. Dia ingatkan aku setiap kali solat, wlpn aku slalunya da solat dlu dari dia, tak pun suboh. Sgt ajaib bila dia yg kejut aku dlu. Besanya aku yg awal, dia solat gajah je.. hihihi, 

Tym aku wat tesis, dia la yg jadi penyelia aku yang no.2. Sentiasa update tesis aku, da buat smpai mana? da jmp penyelia? bila nak anta bab 4? Hmmm...TQ my friend+boy...syukran 4 ur help.


Lepas ni, da tak da la nak nyusahkan dia lagi. Da tak da geng nak gadoh lagi. Da tak da orang nak di usik, nak dengar sora dia yang sumbang tu... 

Zaman study aku da lepas. Dia lom lagi... pesan aku....dalam kita nak mencipta sebuah masa depan yang cemerlang, masa depan yang bahagia, kena ada cara, strategi, dan usaha. 

---> 1st, tgok cermin. Perhatikan muka kita ada tak tanda2 orang beriman. Cuba fikir balek, berapa banyak dosa dan maksiat yang kita lakukn sama ada sedar atau xsedar. Cukup x segala ilmu yang kita ada untuk jadi dasar dalam pembinaan sebuah keluarga kelak? Jika belum, harus ada cara utk dapatkn mana yg kurang. Cena?? Usaha la, datangi gurumu, bukan guru mendatangi kamu.

---> then, bina peribadi dan akhlak masing2. Cari mana yang kurang dlm diri masing2. apa yang kurang, tambah la garam kit..eh, ni masakan. If kita nak anak/isteri/suami yang soleh/solehah..macam na nak dpt? jawapannya ada pada diri masing2.. bergantung pada diri masing2 juga. tau tak cena? yeppp~ HATI. If kita nak hati yang bersih, amalan yang baik diterima Allah. maka mulakanlah dengn bina akhlak yang baik, peribadi yang disenangi semua . ok?

---> Last, disiplin n konsisten dalam mengamalkannya. Kata orang, if nk berubah mudah je, tapi nak kekalkn ia pd momentum yg sama tak semudah itu. Sebab tu perlu disiplinkan diri. Contohnya, kita nak hafal Surah Al-Baqarah, baca sekali memang tak dapek la den nak nolong. Melainkan kita disiplinkn diri dengan baca setiap hari pas solat, ulang..ulang..ulang..ulang..ulang..Ulang sampai hafal. Begitu la jgk dgn life kita. If kita nak capai bahagia, disiplinkn diri sndiri dl.

erm...da ckup tok takat ni. bebel ape tah ni.
(kepada yang tersayang, jaga diri elok2.)..
mari perbaiki diri masing2..semoga pertemuan seterusnya mematangkan diri kita dan bersedia ke alam seterusnya. 

Saya tunggu Kamu,...di...airport! 


Ma'assalamah wa ilalliqo'




27 April 2011

Sayonara Student Life!!


12.00 tengahari
Semua pelajar dikehendaki mematuhi arahan seperti yang tertera dibelakang Kad Masuk Dan Jadual Peperiksaan(KMJP)....sekiranya anda melanggar peraturan ini maka Universiti akan mengenakan tindakan. Sila matikan henpon, bla bla bla bla,...

Anda boleh mula sekarang! 



TUTTTTTTTTT....Sokseksokseksoksek~  bakal bergelar bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia beberapa jam je lagik. Wlpn aku xhabes study lagik, tp aku dah exited! adoohh..tolong lah..pegi study skarang~

ok! ok! aku pegi skrg....tata,